Notis Privasi ini (“Notis”) menerangkan bagaimana Data Peribadi anda (seperti yang ditakrifkan di bawah) dikumpul, digunakan dan didedahkan oleh Yayasan MyKasih (“MyKasih” atau “kami”), serta komitmen MyKasih untuk memastikan Data Peribadi anda diproses dan disimpan dengan selamat. Sila baca Notis ini dengan teliti.
Untuk maklumat lanjut mengenai cara Data Peribadi anda diproses berdasarkan hubungan anda dengan kami, sila rujuk Seksyen 3 (Penggunaan Data Peribadi Anda) di bawah.
1. Jenis Data Peribadi Yang Dikumpul
“Data Peribadi” bermaksud maklumat mengenai anda yang daripadanya anda boleh dikenal pasti. Bergantung kepada hubungan anda dengan kami, ini mungkin termasuk yang berikut.
Jika anda merupakan penerima inisiatif atau program kebajikan MyKasih, kami mungkin mengumpul nama, nombor kad pengenalan, kewarganegaraan, alamat, nombor telefon, alamat e-mel, bangsa, jantina, tarikh lahir, status perkahwinan, latar belakang pendidikan, maklumat pekerjaan, gambar anda, sijil kelahiran, sijil kematian, serta ‘data peribadi sensitif’ (seperti maklumat berkaitan kesihatan atau keadaan perubatan anda, kepercayaan agama), dan sebarang maklumat mengenai anda yang anda telah beri kepada kami melalui akses dan/atau penggunaan laman web, aplikasi mudah alih kami oleh anda dan/atau melalui borang permohonan (atau sebarang borang lain yang seumpamanya).
Jika anda merupakan peniaga, kami mungkin mengumpul nama, nombor kad pengenalan, kewarganegaraan, alamat, nombor telefon, nombor faks, maklumat perbankan, bangsa, jantina, alamat e-mel, gambar anda (untuk tujuan surat berita dan/atau laporan tahunan), serta segala maklumat mengenai anda yang telah diberikan oleh anda kepada kami sepanjang urusan dan interaksi dengan kami.
Jika anda merupakan penderma, kami mungkin mengumpul nama, nombor kad pengenalan, maklumat perhubungan (seperti alamat, nombor telefon dan alamat e-mel), maklumat pembayaran dan kewangan (seperti butiran kad kredit atau kad debit, maklumat akaun bank), nombor pengenalan cukai (TIN), gambar (untuk tujuan surat berita dan/atau laporan tahunan), serta sebarang maklumat mengenai anda yang telah diberikan oleh anda kepada kami melalui akses dan/atau penggunaan laman web kami oleh anda dan/atau melalui borang permohonan (atau sebarang borang lain yang seumpamanya).
Dalam keadaan tertentu, Data Peribadi anda mungkin dikumpulkan secara tidak langsung melalui peranti pemantauan atau kaedah lain, contohnya, sistem kawalan dan pemantauan akses bangunan, serta televisyen litar tertutup (CCTV).
MyKasih mengumpul Data Peribadi Sensitif tertentu melalui borang permohonannya bagi tujuan kebajikan dan/atau pematuhan. Persetujuan nyata akan diperolehi daripada pemohon semasa penyerahan borang permohonan.
2. Sumber Data Peribadi
Sebagai tambahan kepada maklumat yang anda berikan secara langsung kepada kami, kami juga boleh mengumpul Data Peribadi anda daripada pelbagai sumber maklumat pihak ketiga seperti semakan rujukan, semakan latar belakang, jawatankuasa pengurusan sekolah (bagi penerima di bawah program-program Love My School), pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pelbagai pihak berkuasa kerajaan dan/atau sumber atau penyedia pihak ketiga, atau maklumat yang dijana hasil daripada interaksi atau urusan anda dengan kami.
3. Pengunaan Data Peribadi Anda
Kami mengumpul, memproses dan menyimpan Data Peribadi anda bagi pelaksanaan aktiviti atau program MyKasih, pentadbiran dan/atau pengagihan dana sumbangan, pengeluaran resit rasmi pengecualian cukai, dan/atau bagi tujuan sebarang kontrak atau perjanjian yang anda akan atau telah masuki bersama kami, yang mungkin termasuk, tanpa had, tujuan-tujuan berikut:-
Jika anda merupakan peniaga:
- Untuk memudahkan dan menguruskan proses pendaftaran dan penyertaan anda berkaitan program-program MyKasih;
- Untuk membolehkan dan mentadbir pemprosesan transaksi;
- Untuk memudahkan proses penyelesaian dan pembayaran kepada anda;
Jika anda merupakan penerima inisiatif atau program kebajikan MyKasih:
- Untuk memudahkan dan mengurus penyertaan anda dalam program;
- Untuk menilai dan mengesahkan kelayakan anda bagi program tersebut;
- Untuk mengagihkan atau menyalurkan sumbangan dan bantuan di bawah program;
Jika anda merupakan penderma:
- Untuk memudahkan dan mengurus proses pendaftaran dan penyertaan anda;
- Untuk menyediakan dan mengeluarkan dokumen berkaitan cukai (seperti resit pengecualian cukai dan e-invois) selaras dengan keperluan undang-undang dan peraturan yang terpakai;
- Untuk mengemukakan maklumat yang berkaitan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia atau bagi tujuan-tujuan pematuhan terhadap obligasi pelaporan berkanun;
Secara am:
- Untuk berkomunikasi dengan anda, seperti menjawab pertanyaan anda;
- Untuk memudahkan penyampaian perkhidmatan yang berkaitan kepada atau daripada anda;
- Untuk memudahkan promosi dan/atau pengiklanan aktiviti, program dan perkhidmatan MyKasih, pada masa kini atau pada masa hadapan;
- Untuk menjalankan aktiviti pemprofilan, penilaian dan/atau proses usaha wajar (due diligence);
- Pemantauan dan penilaian program;
- Permohonan kepada pihak berkuasa atau badan yang berkaitan bagi permit atau lesen yang berkaitan;
- Untuk menyerahkan cadangan kepada penderma MyKasih (termasuk bakal penderma MyKasih);
- Untuk menyerahkan laporan berhubung pelaksanaan atau penyempurnaan aktiviti dan/atau program MyKasih;
- Memantau akses ke premis, kemudahan dan sistem kami yang berkaitan;
- Untuk memudahkan logistik, perancangan dan pengurusan acara;
- Untuk menjalankan penyelidikan, kaji selidik pasaran dan analisis trend;
- Penyimpanan rekod dalaman, penyelenggaraan dan pengemaskinian pangkalan data maklumat serta tujuan-tujuan pentadbiran lain, termasuk audit, pemantauan dan pencegahan penipuan;
- Kelulusan kawal selia dan memastikan pematuhan;
- Mengesan dan mencegah penipuan serta aktiviti lain yang menyalahi undang-undang atau tidak sah, dan untuk menyokong siasatan berkaitan aktiviti-aktiviti tersebut;
- Sebarang tujuan lain yang dilaksanakan oleh MyKasih bagi pengurusan dan operasi aktiviti-aktivitinya, seperti pelaksanaan perjanjian undang-undang, rundingan komersial dan perbincangan;
- Tujuan-tujuan lain yang dikehendaki atau dibenarkan di bawah PDPA atau sebarang undang-undang yang terpakai.
(perkara-perkara yang dinyatakan di atas hendaklah secara kolektif dirujuk sebagai “Tujuan”).
Pemberian Data Peribadi anda bagi Tujuan tersebut adalah wajib. Sekiranya anda memilih untuk tidak memberikan maklumat tersebut kepada kami, ini akan menjejaskan keupayaan anda untuk berinteraksi atau berurusan sepenuhnya dengan kami, menyertai program-program kami dan/atau menerima perkhidmatan kami.
Sebagai contoh, jika anda merupakan penerima program kebajikan MyKasih, pemberian Data Peribadi anda adalah perlu bagi membolehkan kami menilai dan mengesahkan kelayakan anda berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan oleh MyKasih. Selain itu, Data Peribadi anda juga diperlukan untuk memudahkan proses pengesahan identiti dan pendaftaran anda sebagai penerima manfaat/penerima. Tanpa data tersebut, MyKasih tidak akan dapat mengesahkan kelayakan anda secara munasabah atau memberikan anda akses kepada bantuan secara selamat dan terkawal.
Sekiranya anda merupakan seorang penderma, pemberian Data Peribadi anda adalah wajib bagi membolehkan kami memenuhi tanggungjawab tadbir urus, fidusiari dan kewajipan berkanun, termasuk menyelenggara rekod mengenai sumber sumbangan dengan sewajarnya serta mengeluarkan resit pengecualian cukai kepada anda. Jika anda memilih untuk tidak memberikan Data Peribadi anda kepada kami, kami tidak akan dapat memproses, mengeluarkan dan menyerahkan resit pengecualian cukai yang berkaitan.
4. Pendedahan Data Peribadi kepada Pihak Ketiga dan/atau Pemindahan ke Luar Malaysia
Data Peribadi anda akan dirahsiakan. Namun, mungkin terdapat keperluan untuk kami mendedahkan atau memindahkan Data Peribadi anda bagi Tujuan yang dinyatakan di atas. Anda mengakui dan bersetuju bahawa kami boleh mendedahkan dan memindahkan Data Peribadi anda kepada kategori-kategori penerima berikut (sama ada di dalam atau di luar Malaysia) bagi Tujuan yang dinyatakan di atas:
- organisasi dan/atau entiti yang berkaitan dengan MyKasih;
- rakan kongsi program MyKasih termasuk NGO;
- individu-individu atau pihak yang kepadanya MyKasih diperlukan atau dikehendaki untuk berbuat demikian di bawah sebarang undang-undang yang terpakai, atau pihak berkuasa atau agensi penguatkuasaan undang-undang, atau sebagai tindak balas kepada sebarang pihak berkuasa kerajaan persekutuan, negeri, wilayah, kerajaan tempatan, badan berkanun atau pihak berkuasa perbandaran, pengawal selia industri, agensi dan/atau badan yang berkaitan;
- penyedia perkhidmatan pihak ketiga (termasuk, sebagai contoh, institusi kewangan, juruaudit, peguam, setiausaha syarikat, syarikat insurans, penyedia acara dan latihan, penyedia pengkomputeran awan atau sandaran data, serta penasihat-penasihat lain); dan/atau
- penderma dan/atau pelanggan MyKasih.
5. Keselamatan dan Perlindungan
Kami akan terus melaksanakan secara berterusan langkah-langkah perlindungan dan prosedur pentadbiran serta keselamatan yang bersesuaian selaras dengan undang-undang dan peraturan yang terpakai bagi mencegah pemprosesan Data Peribadi anda secara tidak sah atau melanggar undang-undang, serta kehilangan, kemusnahan atau kerosakan secara tidak sengaja terhadap Data Peribadi anda.
6. Penyimpanan Data
Kami memproses Data Peribadi anda hanya untuk tempoh yang diperlukan untuk memenuhi Tujuan yang dinyatakan di atas, dan selepas itu untuk tempoh yang kami dikehendaki berbuat demikian menurut tempoh had berkanun yang berkaitan, undang-undang dan peraturan yang terpakai, serta dasar dalaman kami, yang mana lebih lama. Sekiranya Data Peribadi tersebut tidak lagi diperlukan bagi Tujuan yang dinyatakan di atas atau bagi memenuhi keperluan undang-undang yang berkaitan, kami akan memadamkan Data Peribadi tersebut.
7. Hak Akses dan Pembetulan
Anda mempunyai hak untuk memohon akses kepada dan/atau pembetulan terhadap Data Peribadi anda dengan memberi notis bertulis kepada kami menggunakan maklumat perhubungan yang dinyatakan di bawah.
8. Data Peribadi Kanak-kanak Bawah Umur
Kami juga mungkin mengumpul Data Peribadi yang berkaitan dengan kanak-kanak bawah umur (iaitu individu yang berumur bawah 18 tahun) apabila mereka merupakan penerima program kebajikan MyKasih (seperti skim biasiswa pelajar Love My School).
Jika anda memberikan Data Peribadi sedemikian, anda mengisytiharkan dan menjamin bahawa anda merupakan ibu bapa atau penjaga sah kepada kanak-kanak bawah umur tersebut, atau sebaliknya mempunyai kuasa yang sah bawah undang-undang untuk memberikan data tersebut kepada kami, dan dengan ini anda memberikan persetujuan bagi pihak kanak-kanak bawah umur tersebut (sekiranya anda diberi kuasa untuk berbuat demikian) untuk pemprosesan Data Peribadi kanak-kanak bawah umur tersebut menurut Notis ini.
9. Maklumat Perhubungan
Sekiranya anda ingin mengehadkan pemprosesan Data Peribadi anda, mengakses atau membetulkan Data Peribadi anda, atau sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau aduan berhubung pemprosesan Data Peribadi anda, sila hubungi:
Data Protection Officer
MyKasih Foundation
Tingkat 3, DIALOG TOWER,
No. 15, Jalan PJU 7/5,
Mutiara Damansara,
47810 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan
E-mel:data_protection_officer@mykasih.com.
No. Tel: +603 7720 1925
( Isnin hingga Jumaat, kecuali cuti umum, dari 8.30 pagi hingga 5.30 petang )
10. Perubahan kepada Notis Privasi
Kami berhak untuk meminda Notis Privasi ini dari semasa ke semasa tanpa notis terlebih dahulu, dan sebarang perubahan kepada Notis ini akan berkuat kuasa setelah Notis yang dikemas kini atau dipinda tersebut disiarkan di laman web kami: www.mykasih.com.my. Dengan terus berkomunikasi dengan kami atau menggunakan perkhidmatan kami (termasuk menggunakan laman web ini) selepas sebarang pengubahsuaian, pengemaskinian atau pindaan dibuat kepada Notis ini, tindakan tersebut akan dianggap sebagai penerimaan anda terhadap pengubahsuaian, pengemaskinian atau pindaan tersebut.
Notis Privasi ini diterbitkan dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia. Sekiranya terdapat sebarang ketidakselarasan atau percanggahan antara versi Bahasa Inggeris dan versi Bahasa Malaysia, versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai.




