-
PENGENALAN
-
Apakah Sumbangan Asas Rahmah (SARA)?
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah sumbangan tambahan RM600 kepada penerima STR dalam kategori miskin tegar berdasarkan data eKasih. Ia boleh digunakan untuk pembelian barangan keperluan makanan asas di pasaraya / kedai runcit terpilih seluruh negara dengan menggunakan MyKad. -
Siapa yang layak menerima SARA?
Kelayakan SARA adalah terhad kepada mereka yang memenuhi semua kriteria seperti di bawah:- Warganegara Malaysia; dan
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar eKasih dalam rekod data Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 28 Februari 2023; dan
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan.
-
Adakah saya perlu memohon SARA?
Tidak. Kelayakan SARA adalah penerima STR (berstatus lulus STR sahaja) yang telah disemak silang dengan data Miskin Tegar eKasih sehingga 28 Februari 2023. -
Bagaimanakah program SARA dilaksanakan?
Kaedah pelaksanaan SARA adalah berbeza mengikut negeri seperti berikut:Alamat Penerima Kaedah Pelaksanaan SARA Penerima daripada Semenanjung Malaysia (SELAIN Sabah, Sarawak dan W.P. Labuan) Penerima akan menerima bantuan barangan keperluan asas tanpa tunai (cashless) berjumlah RM100 setiap bulan bagi tempoh 6 bulan (Julai – Disember 2023) secara automatik melalui akaun yang dibuka menggunakan MyKad penerima. Penerima SARA boleh membeli barangan runcit asas daripada kategori produk yang diluluskan di pasar raya / kedai runcit terpilih seluruh negara menggunakan MyKad. Penerima daripada negeri Sabah, Sarawak dan W.P. Labuan Bayaran RM600 sekaligus melalui kaedah pengkreditan ke akaun bank / secara tunai, sama seperti kaedah pembayaran fasa 3 STR 2023 Nota: Alamat penerima adalah berdasarkan alamat berdaftar dalam permohonan STR 2023 -
Berapakah amaun kelayakan SARA yang akan diterima penerima yang layak?
Setiap penerima yang dikenal pasti layak SARA akan menerima sumbangan berjumlah RM600 seperti berikut:Bil. Kategori Kelulusan STR 2023 Amaun Bayaran 1. Isi Rumah
i. Kahwin
ii. Ibu Bapa Tunggal (IBT) mempunyai anakRM600 2. Warga Emas Tiada Pasangan RM600 3. Bujang RM600 -
Bagaimanakah cara untuk saya semak kelayakan SARA?
Semua penerima SARA yang layak akan menerima surat lulus STR 2023 bersekali kelayakan SARA di alamat berdaftar dalam permohonan STR. Selain itu, semakan kelayakan SARA boleh dibuat melalui kaedah berikut:Kaedah Pemakluman Keterangan i. Sistem Pesanan Ringkas (SMS) - Penerima SARA yang layak akan menerima maklumat melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) / aplikasi WhatsApp daripada MyKasih untuk mengesahkan status mereka sebagai penerima di bawah program ini, berserta tarikh dan masa untuk sesi taklimat orientasi di kedai runcit yang terdekat.
ii. Semakan terus melalui portal rasmi Semakan kelayakan SARA - Portal rasmi STR
https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Portal rasmi MyKasih
https://www.mykasih.com.my
iii. Hubungi Semakan kelayakan SARA - Hubungi LHDNM: 1-800-88-2747
(waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
Hubungi MOF: 03-8882 4565 / 4566
(waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang)
- Hubungi MyKasih: 03-7720 1800
(waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang)
-
Kenapa pelaksanaan SARA di Sabah, Sarawak dan Labuan tidak sama seperti negeri di Semenanjung Malaysia?
Kaedah pelaksanaan ini merupakan kaedah terbaik buat masa sekarang mengambil kira akses rangkaian dan kesukaran penerima yang berada di kawasan pedalaman untuk hadir membuat pembelian.
Kemudahan tambahan bagi penerima Sabah dan Sarawak selain pengkreditan terus ke akaun bank penerima dan tuntutan tunai di kaunter BSN adalah seperti berikut:
Sabah & Sarawak – kemudahan bank bergerak
Penerima tunai pedalaman Sabah & Sarawak – program penunaian anjuran Perbendaharaan Malaysia Sabah & Perbendaharaan Malaysia Sarawak -
Saya baru bercerai dan Ketua Isi Rumah berdaftar dalam sistem eKasih adalah suami. Adakah saya layak SARA memandangkan saya (ibu) yang diberi hak penjagaan untuk menanggung anak-anak?
Kelayakan SARA adalah berdasarkan data Miskin Tegar eKasih sehingga 28 Februari 2023 yang berstatus lulus STR 2023. Sekiranya anda tersenarai sebagai Ahli Isi Rumah dalam rekod Ketua Isi Rumah berkenaan dan kelulusan STR anda serta bekas suami adalah dua permohonan berbeza, anda akan layak SARA secara berasingan. Untuk kaedah semakan kelayakan SARA, sila rujuk jawapan soalan 6. -
Pihak PPN / ICU JPM akan turun padang bagi tujuan bancian penerima eKasih. Apakah tindakan selanjutnya sekiranya terdapat penerima SARA yang dikenal pasti tidak berkemampuan (penerima OKU / uzur / sakit terlantar) untuk membuat pembelian di kedai runcit / pasar raya terlibat?
Pihak PPN / ICU JPM perlu mengemukakan senarai nama penerima SARA terlibat kepada pihak Kementerian Kewangan untuk tindakan selanjutnya.
Pelaksanaan semasa hanya melibatkan pembelian melalui MyKad penerima sahaja. -
Adakah rayuan akan dibuka sekiranya saya tidak layak SARA?
Tiada rayuan akan dibuka berdasarkan ketetapan semasa. Sebarang maklumat lanjut akan dikongsi dari semasa ke semasa.
-
Apakah Sumbangan Asas Rahmah (SARA)?
-
KAEDAH PELAKSANAAN SARA (SEMENANJUNG MALAYSIA)
-
Bagaimanakah program SARA akan dilaksanakan di Semenanjung Malaysia?
Setelah penerima daripada alamat Semenanjung Malaysia diluluskan dan didaftarkan ke SARA, akaun akan dibuka berdasarkan MyKad penerima dalam sistem MyKasih di mana elaun perbelanjaan akan disimpan.
Penerima akan menerima elaun bulanan sebanyak RM100 selama 6 bulan melalui MyKad mereka untuk membeli barang makanan asas terpilih.
Pasar raya / kedai runcit yang mengambil bahagian dalam program SARA akan mempunyai infrastruktur sistem pembayaran MyKasih di dalam premis mereka di mana penerima dapat membuat pembayaran menggunakan MyKad. -
Jika saya terlepas sesi orientasi, apakah yang perlu saya lakukan?
Anda boleh semak video tutorial yang disediakan di Youtube (https://youtu.be/AuNFYupVcXA). Video tersebut juga akan dihantar melalui aplikasi WhatsApp kepada semua penerima. Anda juga boleh hubungi nombor talian tertera yang telah anda terima melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) / aplikasi WhatsApp daripada MyKasih. -
Siapakah yang boleh saya hubungi untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan program SARA bagi penerima daripada negeri Semenanjung Malaysia?
Maklumat lanjut berkenaan SARA bagi penerima daripada Semenanjung Malaysia boleh didapati di:
i. Portal Rasmi MyKasih, www.mykasih.com.my; atau
ii. Hubungi Talian Bantuan MyKasih 03-7720 1800 -
Adakah pembelian boleh dibuat oleh individu selain penerima SARA?
Tidak. Pembayaran di kaunter adalah menggunakan MyKad penerima dengan nombor pin yang hanya diketahui oleh penerima. Sebarang pembelian yang dibuat oleh individu selain penerima adalah di bawah tanggungjawab penerima itu sendiri. -
Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya MyKad saya rosak / hilang?
Sila hubungi Talian Bantuan MyKasih. Pengecualian pembelian secara manual akan diberikan hanya bagi satu transaksi pembelian. Pembelian seterusnya hanya boleh dibuat menggunakan MyKad baharu anda. -
Bilakah SARA akan disalurkan kepada penerima?
Penerima akan menerima elaun bulanan sebanyak RM100 selama 6 bulan melalui MyKad mereka untuk membeli barang makanan asas terpilih. Pembayaran pertama akan dilakukan mulai 17 Julai 2023 manakala bayaran seterusnya mulai Ogos 2023 akan disalurkan ke akaun MyKad penerima pada 1 hari bulan setiap bulan seperti jadual berikut:Bulan Jumlah Julai 2023 RM100 Ogos 2023 RM100 September 2023 RM100 Oktober 2023 RM100 November 2023 RM100 Disember 2023 RM100 -
Di manakah boleh saya membeli barangan makanan asas di bawah program ini?
Penerima yang layak akan diberi penerangan mengenai kedai runcit terdekat untuk membeli keperluan runcit asas. MyKasih mempunyai lebih daripada 600 rakan runcit di seluruh negara termasuk Mydin, Giant, Econsave, The Store, Pacific, Milimewa, 99 Speedmart, Lotus Stores (Tesco), serta pasar raya dan pasar mini bebas.
Senarai pasar raya dan kedai runcit terlibat boleh disemak melalui pautan berikut: pautan senarai pasar raya / kedai runcit terlibat. -
Saya telah berpindah / berada di luar kawasan tempat tinggal saya. Adakah saya boleh membuat pembelian di pasar raya dan kedai runcit luar daripada kawasan tempat tinggal saya?
Ya. (Rujuk jawapan soalan 17) -
Apakah barangan makanan asas yang boleh saya beli?
Penerima boleh membeli barangan runcit asas daripada 10 kategori produk yang diluluskan iaitu beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera, minuman, makanan dalam tin dan bahan perasa. Barangan makanan asas yang terlibat dengan program SARA akan dilabel untuk rujukan penerima. Contoh barangan makanan asas mengikut kategori adalah seperti berikut:
-
Bagaimanakah kaedah pembelian barang keperluan?
Kaedah pembelian barangan makanan asas adalah seperti berikut:Pilih Barangan Keperluan
Penerima bantuan boleh membeli barangan keperluan berdasarkan 10 kategori makanan yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga.Tunjuk MyKad Untuk Pengesahan
Juruwang menyemak status MyKad penerima bantuan.Imbas Kod Barangan
Juruwang mengimbas setiap barang keperluan makanan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.Bayar Menggunakan MyKad
Penerima bantuan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian.Simpan Resit Untuk Semakan
Penerima bantuan menyimpan resit untuk menyemak transaksi pembelian. -
Bagaimanakah kaedah semakan baki SARA dalam akaun MyKad penerima?
Semakan baki SARA dalam akaun MyKad penerima boleh disemak melalui kaedah berikut:
i. Semakan portal rasmi MyKasih: pautan portal MyKasih
ii. Semakan resit pembelian:
-
Saya merupakan penerima SARA yang memerlukan bantuan barangan selain keperluan makanan asas seperti ubat-ubatan dan lain-lain. Bolehkah SARA digunakan bagi tujuan selain barangan makanan asas yang telah ditetapkan?
Tidak. Pembelian adalah terhad kepada barangan keperluan yang telah ditetapkan bagi program ini. (Rujuk jawapan soalan 19) -
Adakah saya perlu bayar lebihan amaun sekiranya amaun pembelian melebihi baki semasa SARA dalam MyKad penerima?
Ya. Pembelian adalah terhad kepada barangan runcit asas daripada 10 kategori produk yang diluluskan sahaja. Pembelian selain barangan tersebut dan pembelian melebihi baki semasa SARA dalam MyKad perlu dibayar oleh penerima. -
Saya tidak menghabiskan baki elaun tersebut pada bulan semasa, adakah baki elaun tersebut boleh dibawa ke bulan-bulan seterusnya?
Ya. Baki elaun bulanan yang tidak habis digunakan akan dibawa ke bulan-bulan seterusnya dan boleh digunakan bersama dengan elaun bulan semasa. Walau bagaimanapun, sebarang baki elaun yang tidak digunakan sepenuhnya pada akhir tempoh program iaitu 31 Disember 2023 akan luput secara automatik. -
Adakah elaun SARA mempunyai tarikh luput?
Ya. Tempoh sah laku atau tarikh luput elaun SARA adalah pada 31 Disember 2023. -
Saya mempunyai pasar raya / kedai runcit dan berminat untuk menjadi rakan runcit bagi program SARA. Siapakah yang perlu saya rujuk bagi tujuan tersebut?
Anda boleh berurusan / hubungi pihak MyKasih Foundation untuk penerangan lanjut. Pemilihan rakan runcit adalah tertakluk kepada terma dan syarat yang telah ditetapkan oleh pihak MyKasih Foundation.
-
Bagaimanakah program SARA akan dilaksanakan di Semenanjung Malaysia?